Melalui EMasjid, sistem Khairat Kematian yang dilaksanakan secara meluas di Malaysia kini diperkemaskan lagi. Khairat kematian merupakan dana terkumpul untuk membantu keluarga arwah untuk menguruskan jenazah apabila berlakunya sebarang kematian.

Salah satu cabaran tabung ini adalah dari segi pengurusan kutipan bayaran dan keahlian ahli kariah.

EMasjid memudahkan perekodan dan pembayaran khairat kematian di samping mengeluarkan resit secara automatik untuk setiap bayaran yang dilakukan.